Mereka Jentik, kita terajang!!

Nabi ada bersabda:

Tidak sempurna iman kamu semua sehingga kamu mencintai aku lebih daripada kamu mencintai ibupa kamu, anak-anak kamu dan seluruh manusia sejagat.”

Jahanam! Jahanam!

Jahanam Sweden!!!

Sekali lagi umat Islam ditampar dengan isu penghinaan terhadap Nabi yang kita sayangi Nabi Muhammad SAW. Kelakuan tangan-tangan laknatullah itu telah menyebabkan pejuang-pejuang Islam diseluruh dunia tidak senang duduk selagi mana ‘mereka’ bertanggungjawab diatas kebiadaban mereka menghina kekasih di hati seluruh pendokong Islam itu.

Oleh itu, Dewan Pemuda Pas telah menganjurkan satu perarakan damai ke kedutaan Sweden bagi melontarkan kemarahan terhadap penghinaan kepada kekasih Allah itu.

Mula berkumpul di Masjid Tabung Haji

“Mereka telah menggambarkan Nabi kita seperti seekor binatang dalam akhbar mereka!!” Kata Ustaz Nasaruddin Hassan dengan nada yang tegas mengutuk tindakan pelukis tiga buah akhbar Sweden yang menghina Nabi SAW dengan karitakurnya.

Turut hadir dalam demonstrasi petang tadi ialah Ustaz Rezuan M.Nor, Ustaz Yusof Embong, Pimpinan-pimpinan dewan pemuda pas peringkat negeri dan juga Pimpinan Mahasiswa Islam. Walaupun tidak mencapai ribuan orang yang hadir, cukup untuk menyatakan kemarahan umat Islam di Malaysia ini. Alhamdulillah, kita masih sensitive dengan isu yang serius ini. Andaikata ‘mereka’ buat hal lagi esok, saya yakin hari berikutnya kita akan adakan lagi tindakan.

Pidato bersemangat daripada Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi

Pidato-pidato daripada pimpinan-pimpinan telah menyentuh hati dan sanubari para peserta perarakan. Mengingatkan kita perit perinya perjuangan Nabi SAW dalam menyebarkan Islam sehinggalah kita kecapi nikmat Islam di Malaysia ini, maka sangatlah tidak wajar andai kita membiarkan Nabi kita dihina..

“Kasih! Kasih!”

“Kasih Rasul!!”

“laknat! Laknat!”

“laknat Sweden!!”

Di hadapan kedutaan Sweden, para peserta mengangkat poster yang bertulis ' Don't insult our prophet Muhammad' yang bermaksud 'jangan cela Nabi kami Nabi Muhammad'

Teriakan demi teriakan tidak putus-putus sehinggalah bersurainya perhimpunan itu..

Dimanakah tersoroknya cinta Nabi dalam hati kita sebenranya andai kita redha dengan tindak tanduk puak-puak laknatullah tersebut menghina baginda. Jangan biarkan mereka.

Di saat umat Islam yang sedang lemah dan leka hari ini, kita diserang pula dengan ujian yang sedemikian. Sebenarnya ini adalah peringatan daripada Allah kepada semua pejuang Islam supaya tidak hanyut dibuai duniawi.

Hari ini Nabi kita dihina dengan penghinaan yang begitu teruk sekali. Ianya bukan kali pertama. Tetapi mengapa puak-puak mereka tidak serik memperlakukan sedemikian. Semuanya kerana perjuangan kita sudah semakin pudar ‘izzahnya. Roh perjuangan Nabi Muhammad SAW yang kita teriakkan tidak menusuk masuk kedalam hati kita. Semuanya dek kelalaian kita. Kerana itu mereka berani buat lagi.

Wahai pejuang..

Pada hari ini diadakan demonstrasi untuk kita membela Nabi kita yang tercinta. Seorang kekasih yang sepatutnya melekat dihati kita. Jangan halang roh perjuangan baginda untuk mengalir dalam darah kita. Walau apa pun yang terkorban wajib untuk kita pertahankan. Selagimana mereka tidak memohon maaf, selagi itu kita sama-sama perangi mereka.

jomm

Kemana Nasibnya?


Dipetik dari web tranung kite.
Oleh: Ulit mayang


"Kadang kala lucu jugak bila baca blog yb zulkifli nordin , dengan hanya berasaskan kepada laporan akhbar semata – mata , lantas terus saja beliau membuat ulasan dengan penuh perasan. Kesian sungguh.

Betul seperti kata YB Mahfuz "PAS tidak wajar terima zulkifli nordin , adalah tidak wajar menerima kehadiran ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang , bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.


Atau , yb zulkifli nordin yang menggilai PAS , sehingga terpaksa mengintai dari jauh saja

Kenyataan yb zulkifli nordin dinafikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man , katanya " Saya yakin PAS tidak akan terima zulkifli"

Sebelum itu dalam petikan asal berita tersebut yang bertajuk " PAS sedia terima zulkifli" , memetik kenyataan bahawa PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS."PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.

"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya,"

Catatan: Semoga YB Zul menagmbil apa yang berlaku sebagai satu teguran kepadanya untuk lebih berhikmah dalam berdakwah. kerna Islam itu sangat-sangat cermat agamanya..

ULAMA' BERDUSTA?


Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.


Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

dipetik: malaysiakini.com